Myvi rempuh 5 warga Thailand, adik pemandu minta dana ikat jamin kakak dikecam hebat netizen

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Aug 2019 00:03:28



Semalam telah kecoh di media sosial mengenai kemalangan di daerah Rattaphum, Thailand melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita warga Malaysia, menyebabkan lima orang warga tempatan maut.

Tampil menjelaskan kejadian yang berlaku, adik kepada pemandu terbabit menerusi Facebook dengan nama akaun Akma Azalan telah menceritkan apa yang berlaku sebelum kemalangan.

Berdasarkan keterangan daripada adik pemandu tersebut, ketika dalam perjalanan kakaknya memandu dalam kelajuan biasa, sebelum terlanggar sesuatu mengakibatkan kereta hilang kawalan dan stering tiba-tiba terkunci.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Akibat daripada itu, kereta yang dipandu telah merempuh enam orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan, pemandu dan penumpang hanya mengalami cedera ringan.

Namun, lima orang yang dirempuh itu terkorban, manakala seorang lagi selamat tetapi mengalami kecederaan yang parah. Pemandu tersebut kini ditahan di lokap sementara menunggu ikat jamin berjumlah RM60,000.

alt

alt

alt

Selain menceritakan kejadian yang berlaku, posting tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk mengikat jamin pemandu tersebut yang kini masih lagi dalam tahanan.

alt

Walau bagaimanapun, posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam tindakan adik pemandu tersebut yang meminta dana orang ramai untuk mengikat jamin kakaknya.

Malah, ada yang lebih gigih sehingga sanggup menyiasat mengenai rekod saman pemandu tersebut, apa yang ditemui terdapat beberapa saman kerana memandu laju.

alt

alt

alt alt alt

alt alt

alt alt

Sementara, ada juga dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa kurang senang mengenai kecaman bertalu-talu yang diterima oleh adik kepada pemandu tersebut.

alt alt alt alt

: Akma Azalan

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...