Renung dan depani kegagalan, kata Anwar dalam perutusan Aidilfitri

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 May 2020 23:03:33



KETIKA bulan puasa berakhir, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim bangkitkan kemelut yang dihadapi negara kerana kegagalan pemimpin.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, Anwar mengatakan wabak Covid-19 menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran kerajaan.

“Ramadan di kala Covid-19 ini telah memaksa kita untuk mendepani kegagalan kita di masa lalu yang telah sekian lama kita ambil mudah.” katanya dalam hantaran video yang disiarkan dalam talian malam ini.

Bersamanya dalam video itu adalah isteri beliau, bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar menunjukkan kegagalan dalam dasar ekonomi, yang menurutnya terus melebarkan jurang antara yang kaya dan yang miskin, sambil menambah bahawa “kegagalan” ini tidak terbatas pada pemerintah atau pemimpin, tetapi juga dalam dunia akademik dan pendidikan.

“Kita tidak hiraukan yang miskin, pelarian, mahupun yang sakit. Semua kecurangan ini adalah berpaksi kepada keangkuhan kita dan kegagalan kita kepada kemanusiaan, dan upaya kita dalam mempertonjolkan rahmah dan sikap belas.

“Kita tidak hiraukan yang miskin, pelarian, mahupun yang sakit. Semua kecurangan ini adalah berpaksi kepada keangkuhan kita dan kegagalan kita kepada kemanusiaan, dan upaya kita dalam mempertonjolkan rahmah dan sikap belas.

“kita akan mempertimbang semula komitmen kita kepada kebebasan, keadilan dan sikap belas. “

Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada pekerja kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19.

“Dari para perawat hingga kepada pelayan-pelayan restoran, kedai-kedai runcit dan segala bidang lain yang terpenting, kami sangat terhutang budi pada kalian kerana terus merangkul masyarakat dalam mendepani kemelut ini.”

Sementara itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi kepentingan untuk mematuhi penjarakan sosial.

“Kita merayakan Aidilfitri pada waktu yang tidak menentu,” katanya dalam hantaran video di Facebook malam ini bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Kita tidak bebas bergerak untuk mengunjungi rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya, kita harus duduk di rumah. Tetapi di rumah pun memadai. “

“Mengikuti larangan pergerakan itu penting kerana jika tidak, penyakit ini akan merebak ke lebih banyak orang. Itulah sebabnya walaupun kita kecewa (bahawa kita tidak dapat bergerak bebas), insya Allah kita dapat kurangkan penyakit ini dan mungkin tahun depan kita dapat merayakannya seperti biasa.”

Dr Mahathir juga meminta rakyat Malaysia untuk “bersyukur” kerana keadaan Covid-19 di banyak negara lain “jauh lebih buruk.”

“Namun, di Malaysia, jika kita mematuhi peraturan tersebut, jumlah jangkitan akan dikurangkan. Namun, lebih banyak perlu dilakukan sebelum jangkitan baharu turun menjadi sifar. ” – 23 Mei 2020.

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...