Resepi Lokching Paling Menyelerakan

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 20 Apr 2020 01:04:33

Resepi Lokching Paling Menyelerakan


Lokching atau juga dipanggil sebagai sate ikan merupakan antara juadah yang terkenal di Kelantan. Ia kebiasaannya berbentuk kembung dan lembut.

Untuk resepinya pula, bawang besar yang digunakan ialah bawang Holland. Selepas digoreng, lokching boleh dibakar menggunakan dapur gas.

Lokching

Bahan-bahan:

  • Isi ikan selayang/sardin (500gm) - mentah
  • Tepung ubi kayu/tepung kanji (200gm)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Garam (1 sudu besar)
  • Serbuk penaik (1 sudu besar)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
  • Perisa (sedikit) - pilihan
  • Air (sedikit) - untuk kisar ikan

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar isi ikan bersama bawang besar dan air.
  2. Ayak tepung ubi, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  3. Gaul bahan kisar bersama bahan yang telah diayak.
  4. Bulat-bulatkan. Jika adunan agak lembik, boleh tambah lagi sedikit tepung ubi.
  5. Goreng sebentar.
  6. Sedia untuk dibakar.

Sos manis

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (4 ulas) – dikisar lumat (pilihan)
  • Air (1 ½ cawan)
  • Tepung ubi kayu/tepung kanji (1 sudu besar) – dibancuh dengan air (2 sudu besar)
  • Gula (4 sudu makan)
  • Garam (½ sudu makan)
  • Serbuk perasa (sedikit)
  • Pewarna merah (sedikit)

Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dalam periuk (tanpa minyak).
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Kacau.
  4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh. Kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Nota: Untuk sos pedas, perlu tambah cili kering yang telah dikisar atau cili boh.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Aishah Toke Kek [ 1 , 2 ]

informasi:

1. Eida Nish [ 1 , 2 ]

2. Sue Haida [ 1 , 2 ]

lokcing , lok ching , lokching , resepi ,

SUMBER ASAL

Women Bra push up bra lingerie
Women Bra push up bra lingerie
Shop Now
MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts