Resepi Lontong Persis Macam Di Johor Untuk Rumah Terbuka, Confirm Licin!

by Oh! Semput


10
SHARES
128
VIEWS
Posted on 20 Jun 2019 11:01:37

Kita masih berada dalam bulan Syawal dimana sudah pastinya banyak undangan rumag terbuka yang bakal dikunjungi. Bukan itu sahaja, apabila anda sudah berkunjung ke rumah terbuka rakan dan sanak saudara, pastinya mereka juga akan menantikan rumah terbuka dari anda juga kan? Salah satu menu yang akan menjadi kegemaran orang ramai adalah lontong. Jadi, macam mana nak masak lontong supaya dapat menarik selera tetamu yang bakal hadir? Ini resepinya.

RESEPI LONTONG SEDAP!

Kali pertama buat masa hari raya pertama. Dalam keadaan demam panas, syukur ada mak saudara yang sudi tolong kisar rencah sebab tak larat sangat. Kemudian gagahkan diri untuk masak makan ramai-ramai. Alhamdulillah. Cuma tekak orang demam, tak berapa nikmat sangat bila menjamah. Jadi, hari ni buat kembali dan alhamdulillah, puas hati. Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah cuba buat.. Resipi ni hasil gabungan daripada beberapa resipi.

Nasi Himpit – rebus

Bahan kisar : Bawang besar/ bawang putih/serai/lengkuas/halia/buah keras/kunyit hidup/udang kering/ikan bilis

Lobak merah/kacang panjang/tauhu(goreng terlebih dahulu)/udang/pucuk(rendam sekejap)/tahun(suun)-basuh sahaja.

Santan sekotak besar/kiub ikan bilis/asam keping/bahan perasa/telur rebus

Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang

Caranya :

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masuk air utk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.

Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan tahun (suun) dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.

••Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh ngap setelah bismillah.

: Novelis Afieyza Isahak

Recommended for you

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts