7 resipi kuih tradisional berbalut daun pisang

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 11 Feb 2024 11:31:32

Ada 7 resepi kuih balut daun pisang yang boleh anda cuba. Semuanya tidak hanya sedap, malah mempunyai aroma yang wangi yang dapat mewangikan satu dapur.

Daun pisang ini tidak hanya memberikan aroma yang sedap kepada kuih,

Malah aromanya mampu meresap ke dalam kuih, menjadikannya lebih lazat.

7 resipi kuih tradisional berbalut daun pisang

Yang lebih istimewa, menggunakan daun pisang untuk membungkus kuih juga lebih selamat dan tiada bahan kimia sampingan.

Ini resepi 7 kuih tradisional berbalut daun pisang

1) RESEPI KUIH JONGKONG

Bahan-bahan adunan pandan:
– 1 cawan tepung beras (cap Gajah 3)
– 5 sudu makan tepung ubi
– 4 cawan air kisaran daun pandan
– 1 cawan santan
– Sedikit garam
– 2 sudu air kapur
– Sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan adunan putih:
– 1 cawan tepung beras
– 5 sudu tepung ubi
– 5 cawan santan
– Sedikit garam

Bahan-bahan air gula:
– Gula melaka
– Gula pasir
– Daun pandan

Bahan-bahan lain:
– Gula merah secukupnya
– Daun pisang – dibersihkan dan dilayur

Cara-cara:
– Adunan pandan: Campurkan semua bahan, masak hingga pekat.
– Adunan santan: Satukan semua bahan, masak atas api hingga lembut.
– Air gula: Masak hingga gula larut, sejukkan.
– Ambil daun pisang, letak gula merah, adunan pandan, dan adunan santan.
– Bungkus kemas dan kukus selama 15 minit.
– Sajikan dengan menuangkan air gula ketika hendak dinikmati.

2) RESEPI KOCI PULUT HITAM LELEH

Bahan-bahan inti:
– Inti kacang hitam/merah yang sudah siap

Bahan-bahan doh:
– Beras pulut hitam 70g (rendam 4-5 jam, kisar dan ambil pati)
– Tepung pulut anggaran 400g
– 2 sudu tepung gandum
– Santan cair/air biasa

Bahan-bahan santan leleh:
– 4 cawan santan pekat
– 4 sudu tepung beras
– 1 sudu tepung gandum

Cara-cara:
– Campur semua bahan doh, uli hingga menjadi doh yang tidak melekat.
– Ambil sedikit doh, letak inti kacang, bulatkan.
– Rebus hingga doh timbul ke permukaan air.
– Campur bahan santan leleh dan kukus sebentar.
– akkan doh dan santan leleh di atas daun pisang dan bungkus kemas.
– Kukus sebentar dan hidangkan.

3)RESEPI PULUT DAKAP

Bahan-bahan:
– 1/2 kg pulut
– 2 cawan santan pekat
– Sedikit garam
– Air tambahan untuk masak pulut
– Pisang dibelah 2
– Daun pisang yang dilayur

Cara-cara:
– Masak pulut dengan santan hingga lembut.
– Sejukkan pulut.
– Ambil daun pisang, letakkan pulut dan pisang, balut kemas.
– Bungkus kembar dan ikan dengan tali.
– Kukus selama 45 minit.

4) RESEPI APAM JOHOL/APAM DAUN RAMBAI

Bahan-bahan:
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 3/4 cawan gula merah
– 1/4 cawan gula pasir
– 1 sudu yis kering (mauripan)
– 1 1/4 cawan air
– 2 sudu margerin
– Daun rambai/daun pisang

Cara-cara:
– Cairkan margerin dan sejukkan.
– Larutkan gula merah bersama air.
– Campur semua bahan dan kacau di atas api hingga berkilat.
– Sapu minyak pada daun rambai/daun pisang, letakkan adunan, bungkus.
– Kukus selama 15 minit.

5) RESEPI KUIH BALUT DAUN PISANG (LOPES PANDAN)

Bahan-bahan:
– 2 cawan beras pulut
– 1 1/2 cawan santan cair+1 cawan air daun pandan
– 1 sudu air kapur sirih
– Sedikit garam
– Kelapa parut putih+sedikit garam
– Gula merah
– Gula pasir
– Daun pandan disimpul

Cara-cara:
– Rendam pulut, campur dengan santan, air pandan, kapur sirih, dan sedikit garam. Kukus.
– Cairkan gula merah dan gula pasir bersama daun pandan.
– Ambil daun pisang, letak gula merah, pulut, dan kelapa.
– Bungkus dan kukus.
– Sajikan dengan air gula.

6) RESEPI KUIH NAGASARI

Bahan-bahan:
– 1 cawan tepung beras
– 3 cawan santan sederhana pekat
– 1 sudu gula (jika perlu)
– 1 sudu tepung jagung
– Sedikit garam

Cara-cara:
– Kacau semua bahan di atas di atas api kecil hingga masak dan berkilat.
– Ambil doh, letakkan pisang, dan tutup dengan doh lagi.
– Bungkus dengan daun pisang dan kukus selama 15-20 minit.

7) RESEPI LEPAT LIAT

Bahan

-bahan:
– 500 gm tepung pulut
– 200 gm gula merah
– 100 gm gula pasir
– 2 cawan air
– 2 helai daun pandan
– 1 biji kelapa putih
– Sedikit garam
– Minyak lumur daun pisang

Cara-cara:
– Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur.
– Campur air gula panas dengan tepung sedikit demi sedikit.
– Gaul kelapa putih dengan garam.
– Lumur minyak pada daun pisang.
– ak adunan tepung, kelapa putih, dan bungkus kemas.
– Kukus selama 20 minit.

Baca Juga :‘Bukan main lagi dekat dapur, aku pun tak pernah buat kat situ’, Isteri kantoi bawa lelaki lain masa suami outstation

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts