Akhirnya saya bertemu dengan 7 resort pilihan yang agak baru dan trendy, sesuai dengan citarasa.
Semoga anda pun menyukai pilihan saya kali ini:
1. Casa Rasa Sayang, Kuala Sungai Baru
Mujurlah Melaka dekat sahaja. Di pesisir pantai Melaka pula, seperti di Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi dan Pengkalan Balak, mujurlah tersimpan pantai-pantai menarik yang bersih, cantik dan selamat untuk beristirehat.
Jadi saya pun memulakan pencarian untuk mencari resort yang menarik. Yang pastinya, ia perlulah berada di tepi pantai dan laut, kerana inilah hajat hati saya yang sebenarnya.
Casa Rasa Sayang adalah sebuah villa berkeluasan 11,000 kaki persegi bertempat di atas tanah berkeluasan 1 suku ekar. Hanya 1 setengah jam dari Kuala Lumpur, villa ini adalah lokasi ideal untuk mereka yang mahu berehat, mengadakan hari keluarga, malah mengadakan aktiviti tim syarikat.
Villa ini terletak menghadap Selat Melaka. Ketika air surut, anda boleh berjalan kaki ke dua buah pulau yang terletak berhampiran. Casa Rasa Sayang memiliki 7 buah bilik, bermula pada harga RM235 semalam.
Alamat: Lot 1923, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
PEMANDANGAN DI CASA RASA SAYANG KETIKA MATAHARI TERBENAM.
HIGH CEILING DI VILLA.
SEA VIEW ROOM YANG BOLEH MEMUATKAN 4 ORANG PADA SATU-SATU MASA.
BILIK CHARDONAY DENGAN BILIK AIR BERHARGA HANYA RM250 SEMALAM.
PERKHIDMATAN CHEF DISEDIAKAN ATAS PERMINTAAN.
KOLAM RENANG ATAU LAUT, MANA SATU PILIHAN ANDA UNTUK BERMANDI-MANDA?
MULTI FUNCTION ROOM
KAWASAN BERSANTAI
KARAOKE
SUN DECK
KAWASAN LUAS DAN BERSIH DIHIASI POKOK RU
BERSANTAI SAMBIL MENIKMATI DERUAN OMBAK
2. Homestay Kuala Sg. Baru (Rumah Limas Melaka)
HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU (SEAFRONT) PADA WAKTU MALAM.
Sebuah penginapan rumah tradisional Melaka (rumah limas) dalam persekitaran kampung berlamankan pantai landai yang berpasir di Laut Selat Melaka. Boleh memuatkan lebih kurang 26 orang dalam 2 bilik dan 1 ruang di dalam rumah serta 1 bilik tambahan di sebelah rumah. Selain daripada itu, boleh juga menggunakan balai (pangkin), wakaf dan khemah untuk penginapan tambahan.
Terdapat 3 jenis kediaman disediakan: Seafront, Limas dan Homestay Uncle Man (bilik kecil).
Pelbagai kemudahan disediakan dan pelbagai aktiviti dapat diadakan oleh tetamu homestay saperti berdayung sampan, berbasikal di sekeliling kampung, memasang jaring untuk menangkap ikan atau ketam di tepi pantai, mencari remis dan kepah, mandi-manda dan memancing, permainan tarik tali, permainan congkak, dam kampung, carrom, mandi perigi, Wi-Fi, pit barbeku dan bermacam-macam lagi. Juga disediakan peralatan BBQ dan peralatan memasak untuk yang ingin memasak sendiri.
Harga penginapan untuk 2H1M adalah RM50 seorang (kecuali yang berumur 4 tahun ke bawah) dan 3H2M berharga RM85 seorang. Minima tetamu adalah sebanyak 16 orang yang berbayar.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Masjid Tanah, Kampung Tengah, Melaka, Malaysia
BERPIKNIK DI HALAMAN RUMAH.
MANDI PERIGI
BALAI YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT DUDUK DI SIANG HARI, DAN TEMPAT TIDUR DI MALAM HARI.
WAKAF JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT TIDUR DI MALAM HARI.
BINAAN RUMAH LIMAS TANPA MENGGUNAKAN PAKU.
SERAMBI RUMAH DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT TIDUR BERAMAI-RAMAI PADA WAKTU MALAM.
DAUN TINGKAP TRADISIONAL
6 BUAH BILIK HOMESTAY UNCLE MAN DENGAN RUANGAN BARBEKU.
Homestay ini juga pernah dipaparkan dalam rancangan Kembara Hijabista di Astro Ria:
3. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi
KOLAM RENANG
Desa Balqis menempatkan beberapa buah rumah kayu Melayu yang diberi sentuhan kontemporari. Desa Balqis merupakan lokasi ideal untuk mereka yang mencari ketenangan, jauh daripada hiruk pikuk kehidupan bandar.
Terdapat 20 jenis kediaman disediakan di sini. Menariknya, kediaman-kediaman di sini diberi nama pangkat dalam keluarga iaitu Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Balqis, Mama, Penghulu, Atuk, Nenek, Pak Cik, Bilik Adik, Bilik Kakak, Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Pak Su, Pak Teh, Hj. Mat Zin dan Pak Anjang.
Harga bermula daripada RM140 untuk seorang (Bilik Adik dan Bilik Kakak). Kediaman paling besar adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh menempatkan sehingga 15 orang.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, padang bola dan pit barbeku.
Dengan binaan kayu, tingkap berwarna warni, laman terjaga rapi serta pemandangan menghadap laut, Desa Balqis amat sesuai bagi mereka yang merindui kehidupan kampung.
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
BALQIS
BILIK ADIK, BILIK KAKAK DAN PAK CHIK
KAK CHIK, KAK LANG, KAK NGAH, KAK LONG
ATOK
MAMA
DERETAN RUMAH
MAJLIS PERKAHWINAN
DALAMAN RUMAH PAK LONG
DALAMAN RUMAH PAK LONG
DALAMAN RUMAH PAK LONG
4. Umang-umang Chalet, Kuala Sungai Linggi
Umang-umang Chalet terletak di tepi Pantai Kuala Sungai Linggi, Melaka, bersempadan dengan Negeri Sembilan. Menghadap Laut Selat Melaka, Umang-Umang Chalet terletak hanya 10 km dari pantai pelancongan popular Pengkalan Balak.
Dengan pantai semulajadinya yang tidak tercemar, privasi serta redup, dilindungi oleh pohon-pohon asal berusia ratusan tahun yang besar dan rendang, Umang Umang Chalet menawarkan alternatif percutian bajet dengan persekitaran chalet yang nyaman, sunyi, teratur dan bersih.
Terdapat 7 jenis bilik, dengan jumlah 44 buah bilik.
Kemudahan yang disediakan termasuklah restoren menghadap laut, kafe, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, tapak berkhemah dan kawasan untuk aktiviti keluarga. Harga bilik bermula daripada RM100 semalam.
Hubungi 016-6650167 (Puan Dayang) atau 012-2447804 (Puan Iera) atau layari laman web Umang-umang Chalet untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
Polis mengesahkan kes kehilangan pendaki, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih, Tapah tidak melibatkan sebarang unsur jenayah atau along.Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim ketika sidang akhbar di Ibu Peja
Kerajaan Persekutuan ketika ini tidak bercadang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dalam masa terdekat kerana tumpuan utama diberikan kepada usaha memperkukuh pentadbiran negara serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan l
Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang pada Rabu atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan yang berlaku minggu lalu.Tertuduh did
Seorang wanita yang bekerja sebagai pengasuh berdepan pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan yang berada di bawah jagaannya dalam kejadian di Puchong bulan lalu.Tertuduh, Nur Syuhaida Jamalluddin, 33, dihadapk
Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA):KESUMA menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama pembangunan modal insan dan ekonomi negara.Menerusi satu
Kementerian Luar Negeri mengesahkan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Kuwait berada dalam keadaan selamat susulan insiden serangan dron dan peluru berpandu yang dilaporkan menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada awal pagi Rabu.Wisma P
Peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Taman Lembah Kiara, TTDI baru-baru ini menjadi perdebatan ramai selepas ada pengunjung mendakwa perubahan yang dilakukan tidak begitu ketara.Ramai pada awalnya menyangka keseluruha
Polis mengesahkan kes kehilangan pendaki, Jaslinda Saludin, 49, di Gunung Batu Putih, Tapah tidak melibatkan sebarang unsur jenayah atau along.Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim ketika sidang akhbar di Ibu Peja
Kecoh di Threads apabila seorang individu dikenali sebagai Azleynaa tampil meluahkan rasa terkilan selepas namanya masih dikaitkan dengan Bob.Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Azleynaa mendakwa hubungan mereka sudah pun berakhir. Namun, isu te
Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 200,000 pil yaba bernilai lebih RM2 juta ke Malaysia selepas menahan seorang lelaki dalam operasi antidadah di daerah Sungai Golok, Narathiwat, Isnin lalu.Suspek berusia 25 tahun yang