Restoran Khulafa dapat gred A tahap kebersihan

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Jan 2019 16:06:21


AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

11 Januari 2019 5:21 PM

SHAH ALAM - Restoran Khulafa Sdn. Bhd. di Seksyen 7 di sini yang tular berikutan pekerjanya didakwa mencuci sudu dan garfu di atas jalan raya dikategorikan sebagai gred A dalam tahap kebersihannya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, kategori itu diberikan hasil pemeriksaan terhadap restoran tersebut yang mencapai tahap 91.8 peratus.

Katanya, semua pekerja dan pengendali menerima suntikan serta turut menjalani kursus pengendalian makanan yang lengkap seperti yang ditetapkan pihaknya.

"Hasil siasatan dan pemeriksaan juga mendapati penularan pekerja restoran itu mencuci sudu dan garfu di atas jalan raya adalah tidak benar sebaliknya peralatan itu untuk dibuang berikutan telah karat.

"Justeru, tiada sebarang penutupan operasi dikenakan kepada restoran tersebut,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya akan hanya mengeluarkan notis kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) atas kesalahan tidak melabelkan bekas ramuan makanan.

"Kita turut mengeluarkan lapan arahan penambahbaikan termasuk teguran serta saranan amalan pengendali makanan yang baik perlu diamalkan," katanya. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News