Review Jam Amazfit T-Rex Pro

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:42



Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.

Ok kali ni nak share sikit lepas dekat 2 minggu pakai jam smartwatch Amazfit T Rex Pro ni iaitu hadiah harijadi baru-baru ni. 


Ini adalah jam smartwatch kedua yang saya pakai selepas Amazfit Bip yang mana jam ni memang sangat tahan lama dari segi baterinya iaitu hampir sebulan untuk penggunaan biasa. Jadi tak nak pening-pening saya stick dengan siri Amazfit ni sajalah. 

Bila lihat di group fb dan review youtube, jam Amazfit T Rex Pro ni memang banyak fungsinya, cantik, mampu milik, bateri pun tahan lama dll.

Tambahan pula jam ini adalah mampu milik dengan harga tak sampai RM1k.

Ini beberapa kelebihan jam ini :

- Colourful! Rasa macam pakai smartphone pada tangan.

- Dapat track aktiviti senaman, lebih 100 aktiviti senaman dapat direkodkan seperti jogging, berjalan, hiking, skipping, swimming dll.

Antara fungsi yang ada dalam jam ni.

- Bentuk yang cantik dan tahan lasak iaitu ada military grade. Sesuai bagi mereka yang suka aktiviti outdoor lasak. Jatuh susah pecah katanya.

- Dapat pantau kesihatan macam stress level, kadar degupan jantung, sleep monitor, kandungan oksigen dalam darah. 

Paparan kandungan oksigen dalam darah, kualiti sleep, kadar degupan jantung dari apps Zepp setelah di track dari jam ini.

Saya suka fungsi ni sebab musim covid ni kan kena la pantau kesihatan selalu terutama tahap oksigen dalam darah tu.

Tengok cara pantau oksigen dalam darah guna jam ni :


Jadual oksigen dalam darah. Pastikan oksigen dalam darah berada atas 95%. Antara cara yang biasa digunakan untuk cek oksigen darah adalah guna Pulse Oxymeter.

- Sesuai untuk dipakai untuk apa-apa aktiviti seperti pergi kerja pun cantik pakai ni.

- Skrin yang agak besar senang nak tengok. Walaupun besar tapi ia tak seperti jam g-shock yang agak 'ugly looking' yang mana saya memang tak suka bentuk jam macam tu. Maaf ya peminat g-shock! Hehe

- Macam Amazfit Bip sebelum ni, jam jenis ni memang tahan lama baterinya iaitu tahan lebih 20 hari untuk penggunaan biasa. Kalau selalu pakai untuk monitor workout tu dalam seminggu lebih.

Kira ok sangat tu tak perlu leceh nak cas dengan kerap.

Dalam kelebihan ada kelemahan sikit jam T Rex Pro ni antaranya :

- Bila berlari rasa macam berat sikit bawak berjoging. Mungkin saya belum biasa lagi kot. Mungkin sebab dah biasa pakai jam yang lebih ringan sebelum ni.

- Ketepatan GPS nya ada sedikit inaccurate berbanding jam jenama  Coros, Garmin. Untuk serious runner tak sesuai kot.

- Masih tak boleh jawab call macam Power Rangers.

Apapun memang ok lah kan kena dengan harganya.

Smart tak? Hehe. Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari Merdeka 2021. Saya anak merdeka

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News