by Oh! Semput
Ini merupakan sambutan hari jadi pertama baginda sejak mengumumkan untuk turun takhta Ogos lalu oleh kerana usia lanjut dan kesihatan yang kurang memuaskan menghalang baginda untuk menjalankan tugas dengan baik.
Akihito merupakan maharaja pertama untuk turun daripada takhta dalam sejarah 200 tahun Dinasti Chrysanthemum.
Maharaja Akihitomenyambut keputeraan yang ke-83 dengan dihadiri lebih 30 ribu rakyat. – Foto AFP/TORU YAMANAKA
Istana DiRaja berkata, seramai 33 ribu orang rakyat telah hadir di dalam sambutan tersebut — angka terbesar sejak Akihito mula memerintah pada tahun 1989, melambai-lambaikan bendera Jepun sambil melaungkan ‘Banzai’ atau ‘Panjang Umur’.
Sementara itu, perbincangan berkenaan persaraan baginda sedang dijalankan oleh sebuah panel penasihat yang ditubuhkan khas oleh Perdan Menteri Jepun, Shinzo Abe pada September lalu bagi mengkaji mekanisme perundangan yang selayaknya untuk proses persaraan DiRaja, yang masih belum digubal setakat ini.
Akihito akan digantikan oleh puteranya, Putera Mahkota Naruhito, nampaknya menerima sokongan meluas daripada rakyat Jepun berdasarkan bancian pendapat baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC