Rihanna Bercinta Dengan Billionaire Arab Saudi

by Oh! Semput


11
SHARES
149
VIEWS
Posted on 29 Jun 2017 14:00:54


PENYANYI Rihanna dikhabarkan sedang hangat dilamun asmara dengan billionaire Arab Saudi, Hassan Jameel. yang juga merupakan pewaris perniagaan keluarganya.

Hubungan mereka berjaya dihidu selepas paparazi mengekori mereka ketika bercuti di sebuah villa di Sepanyol baru-baru ini.

Pasangan itu dilihat mesra berciuman ketika sedang berenang dan bersantai di kolam renang.

Hassan merupakan naib presiden syarikat perniagaan keluarganya, Abdul Latif Jameel yang merupakan antara syarikat terbesar di dunia.

Syarikat keluarganya merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di Arab Saudi.


Hassan sebelum ini dilaporkan pernah berpacaran dengan supermodel Naomi Campbell apabila dilihat hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, Julai tahun lalu.

Hubungan terbaharu Rihanna ini dikatakan tidak disenangi Naomi sehingga menyebabkan kedua-duanya saling tidak mengikuti di laman Twitter dan Instagram masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts