TH Nafi Ringgit Malaysia Tidak Diterima di Mekah

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 23 Nov 2016 05:00:54

money

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial bahawa mata wang Malaysia tidak diterima di Mekah dan Madinah, Arab Saudi.
Ia berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota berkenaan.

“Maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang,” kata TH dalam satu kenyataan.

TH menasihatkan jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat menggunakan kad ATM atau debit perlu berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk memperoleh maklumat penggunaannya secara betul.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts