by Oh! Semput
KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat lantunan daripada penyusutan semalam untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.
Ia berikutan kelemahan dolar AS yang dipengaruhi spekulasi perubahan dalam penerajuan Rizab Persekutuan negara itu.
Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.2310/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2370 penutup Rabu.
Peniaga berkata, kebimbangan berhubung pelantikan pengerusi baharu Rizab Persekutuan mengalih sentimen pelabur ke arah mata wang negara membangun, termasuk ringgit.
Bagaimanapun, katanya terdapat pelabur kekal tidak aktif menanti petunjuk baharudaripada Bajet 2008 yang akan dibentangkan esok.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1101/1130 daripada 3.1055/1079 semalam dan lebuh lemah berbanding yen pada 3.7228/7265 daripada 3.7069/7105.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.6128/6181 daripada 5.5902/5962 dan lebih rendah berbanding euro pada 5.0002/0042 daripada 4.9817/9869. - Reuters