SKMM rugi RM10j kes curi kabel, alat komunikasi

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 18 Dec 2016 08:00:50

KUALA BERANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) rugi lebih RM10 juta tahun ini, berikutan kecurian kabel dan peralatan komunikasi di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata kehilangan kabel dan peralatan komunikasi itu bukan sahaja berlaku di projek pembinaan menara komunikasi yang baharu, sebaliknya kehilangan turut berlaku pada menara lama.

Beliau berkata, kehilangan kabel dan peralatan komunikasi pada menara menyebabkan berlaku gangguan pada talian.

“Selain bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), SKMM juga meminta kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) untuk melaporkan jika ternampak individu menjalankan kegiatan mencuri kabel dan peralatan pada menara komunikasi,” katanya selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Chapu di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Manusia, Datuk Rozi Mamat.

Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM83 juta untuk pembinaan menara komunikasi di seluruh negara tahun depan.

Beliau berkata, peruntukan itu tidak termasuk kos pengambilan balik tanah serta perbelanjaan untuk menaiktaraf peralatan pada menara komunikasi sedia ada.

“Sebanyak 83 menara komunikasi baharu akan dibina dibina di seluruh negara tahun depan. SKMM juga akan melakukan kerja menaik taraf peralatan pada menara sedia ada di seluruh negara,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts