by Oh! Semput
Isu krisis Rohingya dan situasi semasa di Myanmar menjadi antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman.
Menurut Anwar, Malaysia tetap berpegang kepada pendirian bahawa penyelesaian terbaik bagi krisis yang melibatkan etnik Rohingya adalah melalui penghantaran pulang mereka secara selamat ke Myanmar.
“Kami memberi fokus kepada situasi di Myanmar, termasuk perkembangan berkaitan krisis Rohingya, serta menegaskan kepentingan meneruskan usaha damai melalui penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan.”
“Saya menghargai komitmen Bangladesh dalam membantu komuniti Rohingya dan Malaysia kekal berpendirian bahawa penyelesaian terbaik ialah penghantaran pulang mereka secara selamat ke Myanmar,” kata beliau dalam pertemuan empat mata dengan PM Bangladesh hari ini.
Selain isu Rohingya, kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga, kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, pendidikan, pembangunan modal insan, pertanian, industri halal serta pengurusan tenaga kerja.
Cari Pasal Dengan Rakyat Malaysia, Akaun Media Sosial Noor Azizah Rohingya Disekat
Pertemuan tersebut turut menyentuh perkembangan serantau dan antarabangsa yang memerlukan pendekatan berasaskan dialog, keamanan dan sikap saling menghormati antara negara.
Dalam masa sama, Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Bangladesh yang disifatkan sebagai rakan penting di rantau Asia Selatan serta yakin masih banyak potensi kerjasama yang boleh diteroka pada masa hadapan.
“Saya percaya kesepakatan yang dicapai hari ini akan terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Bangladesh serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan,” ujar beliau menerusi Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Rohingya Perlu Dihantar Balik Ke Myanmar Dengan Selamat” – PMX first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.