Setelah lebih setahun bersama kumpulan Hyper Act, Kecik atau nama sebenarnya Mohamad Fauzi Kamarudin mengumumkan dia tidak lagi bersama dengan kumpulan itu.
Perkara itu diumumkan oleh Kecik menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
"Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja.
"Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua.
Bagaimanapun, Kecik berkata perpisahan itu bukan bermakna dia akan berhenti dari dunia seni.
"Perjalanan dunia seni Kecik tak akan berhenti di sini kerana ianya hanya baru bermula.
"Kecik harap semua akan terus menyokong dan doakan kejayaan Kecik demi mencari rezeki di dunia seni yang amat Kecik sayangi.", tulisnya.
Tidak pasti apa punca perpisahan ini namun Kecik ada memuat naik satu foto perbualan Whatsapp yang menyuruhnya membuang nama dan info berkaitan Hyper Act di kesemua sosial medianya. Bagaimanapun Kecik menegaskan tiada pergaduhan yang berlaku antaranya dan Hyper Act.
"Assalamualaikum. Kecik dan hyperact langsung xda masalah apa2. Kami tak bergaduh pun. Kami cuma nak buat haluan masing2 itu sahaja.", tulisnya di Twitter.
Pengumuman Kecik itu menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang jelas kecewa dengan pengumuman itu namun para netizen tetap memberi semangat kepada Kecik supaya terus beraksi di pentas seni.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.Insiden yang dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi itu mengeju
JERANTUT: Seramai 100 orang generasi kedua FELDA Kota Gelanggi 1 terpilih menerima sumbangan melalui Program Sentuhan Nurani: Bantuan Kewangan Generasi ke-2 FELDA, di Dewan Semai Bakti, di sini semalam.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Koperasi Serbausaha M
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):Ketika dunia berdepan ketidaktentuan, langkah awal yang dilaksanakan Kerajaan membantu melindungi rakyat dan mengurangkan tekanan ekonomi global.Melalui STR, SARA Bulanan dan SARA Un
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar:Malaysia mencatat pencapaian memberangsangkan dalam World Competitiveness Ranking (WCR) 2026 yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD), apabila melonj
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia bagi minggu ini diturunkan 30 sen kepada RM4.37 seliter, berikutan pergerakan purata harga pas
Kawasan tumpuan pelancong, Bukit Bintang bakal memiliki sebuah masjid baharu yang mampu menampung lebih 1,500 jemaah susulan persetujuan pemilik sebuah bangunan di kawasan itu untuk mewakafkan premis berkenaan bagi tujuan ibadah.Menteri di Jabatan Perdan
Seorang lelaki warga asing berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga emas berusia 61 tahun dalam kejadian yang didakwa berlaku pada Mac lalu.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dida
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa pengguna jalan raya tidak perlu bimbang dikenakan tindakan hanya kerana menggunakan pelindung matahari (sunshade) boleh tanggal pada tingkap kenderaan mereka.Menurut beliau, penggunaan aksesori terseb
Seorang pesara berusia 67 tahun dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan melibatkan kesalahan seksual terhadap dua cucu perempuannya yang masih bawah umur.Keputusan
Kajian baharu yang diterbitkan dalam JAMA Pediatrics mendedahkan bahawa lebih 75% ibu bapa menggunakan media semasa makan bersama keluarga, terutamanya telefon pintar, manakala hampir 70% kanak-kanak berusia 410 tahun turut berbuat demikian.Walaupun mak