Lif rosak punca pindah pesakit guna tangga di Hospital Melaka

by Oh! Semput


9
SHARES
114
VIEWS
Posted on 03 Jun 2023 21:30:27

VIDEO tular yang merekodkan proses pemindahan pesakit menggunakan tangga di Hospital Melaka berlaku disebabkan kerosakan luar jangka lif di Blok F hospital berkenaan, semalam.

Exco kesihatan, sumber manusia dan perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata kerosakan lif berkenaan menyebabkan akses ke beberapa wad di hospital terhad, namun pemindahan pesakit ke wad lain perlu dilakukan.

“Video tular berkenaan memaparkan proses memindahkan pesakit yang berada di wad aras empat ke aras tiga dengan menggunakan tangga, kerana berlaku situasi luar jangka gangguan perkhidmatan lif di Blok F Hospital Melaka.

“Proses pemindahan pesakit melalui tangga perlu dilaksanakan atas faktor kepentingan dan kelangsungan rawatan pesakit kritikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pemindahan pesakit itu dilakukan dengan pemantauan rapi daripada pihak perawat serta pengurusan wad dan pesakit itu dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

Justeru katanya, semua pihak dipohon untuk tidak membuat spekulasi tidak berasas kerana ia boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan pesakit.

Dalam pada itu, Ngwe berkata Hospital Melaka sedang melaksanakan kerja menaik taraf lif di beberapa blok hospital berkenaan dan sepanjang tempoh itu, jumlah lif yang beroperasi dikurangkan bagi memberi laluan kepada kerja penggantian lif baharu.

Beliau berkata kerja menaik taraf lif berkenaan terbahagi pada dua fasa iaitu antara Oktober 2022 hingga Julai depan bagi fasa satu, manakala fasa dua akan bermula pada Julai depan hingga Disember.

Sehingga semalam katanya, sebanyak dua lif yang rosak dibaiki dan berfungsi dengan pemantauan daripada pihak Hospital Melaka.

Semalam, tular di media sosial video berdurasi 1 minit 32 saat, merekodkan seorang pesakit diusung turun menggunakan tangga dipercayai berlaku di Hospital Melaka. – Bernama, 3 Jun, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts