Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Akan Mempertimbangkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Negeri

by Oh! Semput


8
SHARES
106
VIEWS
Posted on 01 May 2024 20:00:36

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu selaras dengan kerajaan Persekutuan.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, keputusan itu bergantung kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan Negeri.

Katanya, kerajaan negeri juga akan membawa perkara tersebut ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diambil tindakan.

"Kita akan bincangkan. Kita akan bincang kemudian. Kita akan tunggu pekeliling daripada kerajaan Persekutuan," katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang di sini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut mengucapkan tahniah kepada penjawat awam Persekutuan yang bakal menikmati kenaikan gaji melebihi 13 peratus mulai Disember ini.

Beliau berharap menerusi kenaikan itu penjawat awam akan terus bersemangat, di samping dapat meningkatkan produktiviti bekerja. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts