Adam Rosly Dipinggirkan Azmin Dan Zuraida – Jamal Yunos

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 18 Apr 2017 11:00:37

Adam

PUTRAJAYA – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata pihaknya sedang berusaha memberi khidmat guaman kepada Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly kerana didakwa dipinggirkan ‘ibu’ dan ‘ayahnya”.

“Saya rasa simpati dan kasihan terhadap Adam kerana  ‘ibu dan bapanya’ iaitu (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali dan (Ketua Wanita PKR,) Zuraida Kamaruddin kerana tidak mengakunya sebagai ‘anak’.

“Sejak semalam mereka tidak mengendahkan kewujudan Adam, jadi  saya  berpakat dengan rakan NGO untuk kumpulkan  RM500 satu NGO,” katanya selepas hadir ke ibu pejabat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerah bukti dakwaan salah guna kuasa, Zuraida, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Adam ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Sementara itu, tambah Jamal lagi, pihaknya telah berjaya mengumpul RM20,000.

“Pagi tadi kami telah berjaya mengumpul sebanyak ini dan kami perlukan beberapa lagi kerana kos guaman mungkin memakan sebanyak RM50,000.

‘Saya tampil membantu selepas Zuraida dan Azmin lepas tangan. Saya ingin beri khidmat guaman percuma kepadanya kerana saya yakin apa yang berlaku kepadanya cukup tragis.”

“Beliau belum cukup matang kerana  masuk dalam politik. Beliau mungkin mangsa keadaan dan  terjebak apabila melihat peluang di depan mata,”.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts