RugOne Xsnap 7 Pro Mempunyai Kamera Aksi Yang Boleh Ditanggalkan

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 05 Sep 2026 07:00:56

Tahun lalu inovasi kamera ialah penggunaan lensa tambahan dan sokongan lensa DSLR menerusi penyesuai. Tahu ini inovasi kamera pada telefon pintar ialah kamera aksi yang boleh ditanggalkan seperti dilihat pada RugOne Xsnap 7 Pro.

RugOne Xsnap 7 Pro dilancarkan di IFA Berlin semalam dengan ia mempunyai kamera aksi berbentuk kiub yang boleh ditanggalkan daripada tubuh telefon. Ia boleh melakukan rakaman video 2.7K pada 30fps, storan terbina 64GB, dan bateri bertahan sehingga 40 minit. Sambungan dilakukan secara nirwayar menggunakan aplikasi khas. Ia melekat secara magnetik bila tidak digunakan, serta kalis air sehingga kedalaman 5 meter.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.67″ 120Hz, dijana cip Dimensity 8400, kamera utama 50MP, kamera pandangan malam 64MP dilengkapi pemancar IR dan kemampuan ketahanan IP69K. Telefon tahan lasak ini akan mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter dengan ia dijual pada harga €799 (~RM 3755) alam warna Classic Black dan Sand Dune.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts