“Rujuk? Aku Nak Muntah” – Ariff Aziz

by Oh! Semput


5
SHARES
68
VIEWS
Posted on 20 Jun 2019 13:00:05

Perkahwinan kali keempat hanya mampu bertahan selama 10 bulan, Datuk A.Aida mengesahkan beliau dan pelakon Ariff Aziz sudah bercerai talak satu secara baik pada 25 April lalu.

Dalam pada itu, A Aida berkata beliau reda jodoh mereka hanya setakat itu sahaja dan tiada peluang kedua akan diberikan sekiranya bekas suaminya itu ingin rujuk kembali.

BACA: “Hanya Mahu Cinta & Kasih Sayang, Tak Kisah Soal Harta”

Terbaru menerusi Insta Story, Ariff Aziz dilihat memuat naik satu video dan gambar seolah memberi bayangan dia juga tidak mahu untuk rujuk kembali atau memperbaiki semula hubungan.

Terdahulu, A.Aida mengakui beliau berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali hati budi terlebih dahulu. Ujarnya lagi, beliau bahagia dengan keputusan untuk bercerai.

Untuk rekod, A. Aida dan Ariff Aziz berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat A Aida.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts