Rumah Panjang Transit Untuk Mangsa Kebakaran di Semporna Ditambah

by Oh! Semput


9
SHARES
120
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 15:00:36

SEMPORNA: Kerajaan negeri berhasrat membina lagi rumah panjang transit secepat mungkin bagi membantu penduduk di Kampung Bangau-Bangau, di sini yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran pada tahun lalu.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata perkara itu bagi membolehkan penempatan segera mangsa kebakaran yang masih tinggal di dewan serbaguna kampung itu.

“Rumah panjang transit yang sedia ada ini sudah sesak dan atas pandangan Pegawai Daerah, kerajaan Barisan Nasional melihat ada keperluan untuk pembinaan satu lagi rumah panjang transit 10 pintu dengan kos RM50,000,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Jalinan Mesra Pemimpin Bersama Rakyat.

Hadir sama pada program itu Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Pada 25 Mac tahun lalu, sebanyak 233 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bangau-Bangau dan kira-kira dua minggu selepas itu satu lagi kebakaran memusnahkan lebih 50 rumah di perkampungan yang sama.

Setakat tahun lalu pembinaan rumah panjang 32 blok bernilai RM1.5 juta telah diluluskan dan dibina oleh kerajaan negeri yang boleh memuatkan 10 buah keluarga dalam satu blok, sementara menunggu pembinaan rumah kekal.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata manakala rumah transit sedia ada pula akan disusun atur semula dengan mengambil kira kelengkapan rangkaian kemudahan asas lengkap termasuk air dan elektrik.

“Kerajaan negeri melihat kepada keperluan-keperluan rumah berkenaan supaya dapat diduduki dengan selesa,” katanya.

— BERNAMA


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts