“Bini Kat Rumah Punya La Bertutup..” – Shukri Yahaya Dikecam Tunjuk Aksi Tidak Senonoh Dalam Foto

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 09 Aug 2026 03:02:35

Pelakon popular Shukri Yahaya menjadi perhatian selepas sekeping foto memaparkan dirinya bersama beberapa individu lain tular di media sosial.

Foto berkenaan mengundang kritikan apabila Shukri dilihat menunjukkan isyarat jari tengah ketika bergambar bersama kumpulan tersebut.

Advertisement

Shukri yahaya

n

Netizen Persoal Tindakan Shukri Yahaya

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menegur tindakan pelakon itu dan berpendapat perkara sedemikian tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang figura awam yang mempunyai pengikut ramai di media sosial.

Individu terbabit turut bimbang tindakan berkenaan boleh dianggap normal dan menjadi ikutan golongan muda.

“Kalau nama kau Ali, kau nak ambil gambar tunjuk fk tak ada siapa kisah. Tapi kau Shukri Yahaya, followers 2 juta ambil gambar tunjuk fk apa kejadahnya?

“Lepas tu ramailah adik-adik terikut rasa ambil gambar tunjuk f**k tu normal.”

Ada Yang Kritik, Ada Juga Anggap Tidak Perlu Diperbesarkan

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut bersetuju dengan teguran tersebut dan berpandangan Shukri sebagai seorang pelakon serta figura dikenali seharusnya lebih berhati-hati dengan tindakan yang dipamerkan kepada umum.

Namun, terdapat juga pengguna media sosial yang tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperbesarkan kerana isyarat berkenaan tidak ditujukan secara langsung kepada sesiapa.

sh

“Lah terasa dengan jari tengah yang tak ditujukan kepada sesiapa.”

Bagaimanapun, pemilik hantaran tersebut mempertahankan pandangannya dengan mengatakan seorang figura awam tetap perlu menjaga tingkah laku yang dipamerkan kepada khalayak.

Setakat perkongsian tersebut tular, tidak dapat dipastikan sama ada Shukri sudah memberikan sebarang penjelasan mengenai foto berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aleeza kasim
2026-08-07 16:17:23

"Nak Jaga Mak Dulu" - Pelakon Dan Model Tangguh Hasrat Kahwin, Utamakan Keluarga

“Bini Kat Rumah Punya La Bertutup..” – Shukri Yahaya Dikecam Tunjuk Aksi Tidak Senonoh Dalam Foto first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts