“Mana-Mana Rumah Tangga Pun Akan Ada Ujian”

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Feb 2020 03:00:07



Susulan kontroversinya didakwa berlaku curang, rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini sedang berantakan apabila isterinya, Hana Azraa mengakui mereka sudah membawa haluan masing-masing dan dalam proses untuk bercerai.

Bagaimanapun, lain pula yang dikatakan oleh PU Abu yang memaklumkan hubungan rumah tangganya dengan Hana tiada masalah dan mereka masih suami isteri. Malah, PU Abu juga menafikan dia berlaku curang.

BACA: Hana Azraa Sudah Jemu & Muak, Bakal Bercerai Dengan PU Abu

“Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

“Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Januari lalu, Hana Azraa mendakwa kononnya suaminya bermain kayu tiga serta turut mendedahkan foto seorang wanita tidak bertudung sebagai skandal baru suaminya.

Bagaimanapun, PU Abu menafikan perkara itu serta menjelaskan perkara yang disebarkan Hana itu adalah spekulasi semata-mata. Malah, Abu menyifatkan isterinya bertindak sedemikian mungkin kerana emosi ketika hamil.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...