Rumahtangga yang Bahagia Tetap Perlukan Usaha

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 13:00:36



Bila anda berkahwin, anda bukan saja dapat seorang isteri tapi seluruh hidup anda. Mulai saat ini hingga akhir hayat, isteri anda akan jadi pasangan hidup, peneman, dan kawan baik.

Dia akan berkongsi kenangan dengan anda, cerita tentang kehidupan seharian anda, dari setahun ke setahun. Dia akan kongsi suka duka anda, kejayaan dan kegagalan anda, impian dan kerisauan anda. Bila anda sakit, dia akan jaga anda. Bila anda perlukan bantuan, dia akan buat sehabis baik untuk anda.

Bila anda ada rahsia, dia akan simpankan. Bila anda perlukan nasihat, dia akan beri nasihat yang terbaik. Dia akan sentiasa ada dengan anda. Bila anda bangun pagi, mata dia adalah benda pertama yang anda akan nampak. Bila dia tak anda dengan anda, fikiran dia akan sentiasa teringatkan anda. Pendek kata, dia akan jadi seluruh hidup anda dan anda akan jadi seluruh hidupnya.

Firman Allah SWT;

“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian dari mereka”. (QS Al-Baqarah 2:187)

Pasangan suami isteri digambarkan seperti pakaian untuk satu sama lain kerana seperti pakaian, suami isteri sepatutnya beri perlindungan, rasa selesa, sokongan dan buat satu sama lain tampak lebih cantik.
Hubungan suami isteri sesuatu yang sangat menakjubkan; betapa banyaknya kasih sayang, kemesraan, keakraban, rahmat dan cinta, kesenangan dan ketenangan yang masuk ke dalam hati pasangan suami isteri selepas mereka bernikah.

Firman Allah SWT;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”. (QS Ar-Ruum 30:21)

Hanya Dia dengan kuasaNya yang tak terbatas akan mampu mewujud dan meletakkan rasa ini dalam hati-hati kita. Perasaan kita ini sebenarnya juga salah satu tanda betapa besarnya kuasa Allah SWT.
Tapi Allah SWT pun tahu yang hati kita sentiasa berbolak-balik. Kadang-kadang kuat tapi kadang-kadang ia lemah. Perasaan kita boleh berubah. Cinta boleh pudar dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh terlerai kalau ianya tak dijaga dengan baik.

Hakikatnya kebahagiaan rumahtangga tak datang dengan mudah. Bahagia yang berpanjangan perlukan pengorbanan dari kedua belah pihak. Rasa cinta perlu sentiasa dipupuk, dijaga dan diperbaharui.
button-banner

Jadi kalau anda dah berkahwin, sentiasa cari masa untuk solat bersama-sama. Kuatkan hubungan anda dengan Allah SWT, dan hubungan anda dengan pasangan pun akan semakin kuat, inshaAllah. Bila anda tenang dengan Allah SWT, anda pasti tenang di rumah.

Memang pasangan yang saling mencintai akan banyak berjanji sumpah setiasa bersama hingga akhir hayat. Janji ini mesti dipegang dan dijaga sebagai sesuatu yang mulia dan suci, tapi janji saja tak cukup! Cinta sejati perlukan usaha, dan usaha terbaik dalam rumahtangga adalah bila matlamat suami isteri sama-sama nak ke Syurga.
(1333)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts