[FOTO] “Ada bini 3 anak dah rupanya” Pengantin Tular Rupanya Suami Orang

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 Dec 2019 01:06:50



785

SHARES

Semalam telah tular beberapa foto perkahwinan yang diambil berlatarbelakangkan air banjir yang melanda sempadan selatan Tahiland.

Semua foto yang diambil oleh jurugambar perkahwinan tersebut tular sehingga ke Malaysia kerana keunikannya diambil semasa berlaku banjir besar.

Walau bagaimanapun, di sebalik keindahan foto-foto yang tular tersebut, sebenarnya ada kisah yang telah dirungkai oleh netizen.

Perkongsian itu akhirnya sehingga mendedahkan identiti sebenar pasangan pengantin tersebut.

Berasal dari Thailand, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Syed Busri sebenarnya sudah mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak sebelum menikah dengan gadis pilihannya.

Apabila terbongkar status perkahwinan pertamanya, dia telah mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan hal tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

Syed Busri menjelaskan bahawa perkahwinan keduanya telah diketahui oleh isteri pertama sebelum melangsungkan perkahwinan kedua.

Dia turut meminta agar orang ramai berhenti meninggalkan sebarang komen negatif mengenai mereka di laman sosial.

Rentetan daripada itu, isteri pertama Syed Busri juga telah memuat naik status di Facebook supaya menghentikan segala tohmahan kepada mereka.

Dia meminta perakara itu tidak berlanjutan agar tidak menjejaskan keadaan yang sedia ada dalm keluarga mereka.

Pada awalanya kisah mereka ini tular apabila foto perkahwinan Syed Busri dan isteri keduanya dikenali sebagai Heedaya tersebar meluas di media sosial kerana terlihat unik.

Ini adalah kerana mereka bergambar dalam keadaan banjir untuk majlis perkahwinan mereka.

YOY Network

Syed Busri bersama isteri pertama dan anak-anak

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...