CPU AMD Ryzen Threadripper 3990X Kini Boleh Dibeli Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM16999

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 13 Feb 2020 13:04:38

AMD baru-baru ini telah melancarkan CPU terbaru dan paling berkuasa mereka, iaitu AMD Ryzen Threadripper 3990X yang memfokuskan kepada golongan profesional.

CPU tersebut hadir dengan 64 teras fizikal, 128 bebenang kuasa dan mempunyai kelajuan asas 2.9GHz yang boleh dilewahjam sehingga 4.3GHz. Dalam pada itu, ia turut menyokong RAM DDR4 didalam konfigurasi quad-channel  dan mempunyai sokongan untuk PCIe 4.0 sama seperti siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga.

CPU Ryzen Threadripper 3990X ini dibina untuk golongan profesional yang memerlukan sebuah CPU yang berkuasa untuk melakukan tugas-tugas seperti olahan 3D, video beresolusi tinggi ataupun untuk membina perisian.

Untuk mereka yang berminat membina komputer dengan spesifikasi berkuasa taraf industri ini, anda boleh membeli CPU AMD Ryzen Threadripper 3990X ini pada harga RM16999 bermula hari ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts