JHL Sabah Siasat ‘dolphin’ di Kg Pintasan

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 14:00:13

Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan siasat dakwaan penemuan bangkai ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai Kampung Pintasan, Kota Belud, dekat sini, hari ini.

Penolong Penolong JHL Sabah, Dr Sen Nathan, ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran beberapa gambar lumba-lumba ditemui orang ramai dalam media sosial Facebook.

“Sehingga ini, sepasukan Unit Penyelamat Hidupan Liar sudah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari bangkai haiwan itu.

“Jika ditemui, kami akan melakukan bedah siasat ke atas bangkai haiwan berkenaan bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Sebelum itu, beberapa gambar bangkai haiwan berkenaan dimuat naik di akaun Facebook bernama ‘Ishee Ishmael’.

Pemilik akaun itu dikatakan merakamkan foto itu ketika bersiar-siar di pantai Kampung Pintasan.

Selain gambar, turut dimuat naik video rakaman secara langsung (FB Live) berdurasi 4 minit 22 saat yang menunjukkan bangkai haiwan itu terdampar di tepi pantai.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts