PRN Sabah: Tiada undi pos kepada Pengundi Luar Kawasan

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 15 Aug 2020 02:02:01

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia dan Sarawak bagi mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai saranan badan bukan kerajaan (NGO), Global Bersih supaya pihaknya memberi kemudahan undi pos untuk rakyat Sabah di luar Sabah.

"Bagaimanapun, buat masa ini, SPR tidak bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di luar Sabah seperti di Sarawak atau Semenanjung Malaysia.

"Sebarang penambahbaikan hanya boleh dilakukan jika dan apabila ketelusan proses pemilihan dapat dikekalkan," katanya.

Sebelum ini, Global Bersih menerusi kenyataan media pada 5 Ogos menyarankan SPR memberi kemudahan undi pos kepada Pengundi Luar Kawasan (PLK) bagi pelaksanaan PRN di Sabah kelak.

Azmi berkata, pihaknya akan terus berusaha memperbaiki proses pengundian pos, selain daripada meneroka pilihan alternatif untuk PLK.

"SPR memberi perhatian yang sewajarnya di bawah pelan penambahbaikan dengan sebuah jawatankuasa yang dibentuk khusus untuk mengkaji isu ini.

"Ini adalah satu proses yang tidak boleh tergesa-gesa dan apa-apa penambahbaikan mesti dilakukan dengan berhati-hati," katanya.

Azmi turut memaklumkan SPR akan menggunakan khidmat kurier antarabangsa bagi penghantaran sampul undi pos luar

negara.

Ini disebabkan terdapat pemberhentian sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS) Pos Malaysia ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura sejak 3 Ogos lalu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts