Saharul mahu berhenti berlakon? Yang haram tetap haram katanya

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 08 Aug 2018 16:02:20

Pelakon hangat jangan benci cintaku, Saharul Ridzwan membuat pengakuan bahawa beliau pernah suatu ketika dahulu ingin berhenti dari dunia lakonan. Ini kerana beliau mahu menambahbaik dirinya menjadi seorang muslim yang taat kepada perintah agama.

alt

Bukanlah suatu yang mengejutkan apabila dunia lakonan ini penuh dengan perlakuan dosa seperti memegang wanita yang bukan muhrim. Malahan ada juga adegan yang kurang menyenangkan seperti baring atas katil Bersama atau pun yang lebih teruk, adegan rogol.

Saharul Ridzwan memberitahu perkara ini melalui temuduga Bersama Berita Harian.

altalt

Perkara yang di-highlight-kan oleh Saharul, berkenaan niat itu mendapat pelbagai komen dari netizen. Oleh sebab itu Saharul menerusi akaun instagramnya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan.

alt

alt

Saharul cuba menjelaskan mengenai isu berpegangan tangan ketika berlakon. Berdasarkan riwayat yang diberikan, Abu Bakar pernah berjabat tangan dengan wanita tua. Tapi adakah situasi lakonan sama dengan situasi sahabat Nabi Muhammad?

alt

alt

Saharul seterusnya bertanya kepada yang lebih arif mengenai hokum hakam agama Islam. Menurut kepada mereka yang lebih arif, sekiranya niat untuk berlakon itu bertujuan menyampaikan dakwah ianya tidak mengapa.

Saharul juga meminta kepada netizen untuk sentiasa menasihati dirinya sekiranya dia terpesong dari jalan yang benar. Alhamdulillah, sejuk hati apabila mendengar seorang pelakon ingin berdakwah dengan cara sendiri.

altalt

Saharul sudahpun mengambil langkah dengan menyatakan prinsipnya kepada pengarah drama beliau. Semoga Saharul terus konsisten dalam berdakwah dan menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Amin.

: Saharul Ridzwan

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts