JPA Sahkan Pelajar Malaysia Meninggal Di London

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2019 00:00:11



Mar 26, 2019
0

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan pelajar, Muhammad Hafiz Zainal yang ditemukan meninggal dunia di Hyde Park Landon, semalam merupakan pelajar tajaannya dalam bidang kimia di Imperial College London (ICL).

JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menghubungi dan menziarahi keluarga pelajar terbabit dan menguruskan pemergian mereka ke London, dijangka berlepas esok.

“Selain itu, Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar tersebut.

“Pihak JPA juga ingin memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan arwah dan keluarganya diberikan kesejahteraan dan ketengan. Al-Fatihah,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut laporan dailymail.com.uk, mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Allahyarham merupakan anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi.

Loading...

Artikel Berkaitan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News