“Sakit Ingat Tuhan Bang” – Lelaki Naik ‘Wheelchair’ Ikut Menari ‘Mosh’, Siap Dilambung Tengah Konsert

by Oh! Semput


10
SHARES
132
VIEWS
Posted on 06 Dec 2022 06:31:43

Sebuah konsert gig ‘Rock The World 20th Anniversary’ telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menampilkan 30 artis dan band terkenal seperti Monoloque, Gerhana Skacinta, Pop Shuvit dan ramai lagi.

Selepas hampir 2 tahun tidak diadakan, rata-rata pengunjung yang menghadiri konsert tersebut dilihat begitu teruja sehingga melakukan aksi tarian ekstrem atau ‘mosh’ ketika menonton persembahan berlangsung.

Advertisement

Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai ialan aksi seorang lelaki menaiki wheelchair atau kerusi roda yang turut tidak melepaskan peluang menyertai ‘mosh’ sambil ditolak oleh rakannya.

Menerusi video di laman TikTok, lelaki berkerusi roda itu turut diangkat oleh beberapa penonton di tengah konsert.

Susulan itu, perkongsian video berkenaan telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat setiakawan rakan-rakan lelaki berkerusi roda itu yang membantunya untuk turut merasakan keseronokan konsert tersebut.

Namun, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan lelaki berkenaan yang mungkin masih dalam tempoh pemulihan.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut menasihati agar lelaki berkenaan untuk berpada-pada dalam berhibur memandangkan dia sedang diuji dengan sakit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul Aming paris
3 jam lalu

"Main Makan Je.." - KA Makan 'Croissant' Popular Di Paris, Isu Halal Haram Jadi Perbalahan Netizen

“Sakit Ingat Tuhan Bang” – Lelaki Naik ‘Wheelchair’ Ikut Menari ‘Mosh’, Siap Dilambung Tengah Konsert first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts