Mari Saksikan Fenomena Gerhana Bulan 7 Ogos Ini

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 22 Jul 2017 16:01:25

KUALA LUMPUR Orang ramai di negeri ini bakal menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama lima jam pada 7 Ogos ini yang akan bermula pada 11.50 malam sehingga 4.50 pagi keesokan harinya.

Agensi Angkasa Negara berkata mereka yang mahu melihat fenomena itu secara lebih jelas perlu menggunakan bantuan teleskop dan instrumen optikal.

“Gerhana akan bermula dengan fasa gerhana bulan penumbra. Gerhana berada pada tahap maksima pada pukul 2.20 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan terlindung oleh bumi.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan gerhana bulan separa ialah pada 9 Mac tahun lepas.

: Bernama/ Sinar Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts