by Oh! Semput

Sebenarnya tak salah untuk ibu hamil menikmati juadah hari raya namun harus dipastikan biarlah ia sederhana. Sebagai wanita mengandung perlu berjaga-jaga dengan apa yang diambil bimbang akan mempengaruhi kesihatan terutamanya jika ada penyakit darah tinggi atau kencing manis.
Kalau boleh biarlah ikut disiplin dan jangan pantang nampak sahaja. Beberapa tip boleh ibu hamil ikut mengenai pemakanan pada hari raya.
1. Digalakkan makan buah-buahan terlebih dahulu
Seeloknya makan buah-buahan yang boleh bantu proses penghadaman seperti limau, epal hijau dan kiwi untuk memudahkan proses penghadaman. Cara ini juga dapat memastikan ibu mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.
2. Elakkan minuman manis atau berkafein
Biasanya pada hari raya boleh dikatakan minuman manis akan dihidangkan kepada tetamu. Sebolehnya elakkan awal-awal dan minum air suam atau jus buah. Elak juga pengambilan kopi dan teh. Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus.
3. Elak kudapan pada hari raya
Kerepek atau kudapan makanan perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi. Makanan yang digoreng boleh menyebabkan badan dipenuhi toksin. Sebagai penyelesaiannya disarankan mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A,C dan E.
4. Elak mengambil protein bercampur
Protein bercampur maksudnya protein daripada pelbagai sumber. Sebaiknya elakkan makan daging, ayam, ikan sekaligus kerana perut akan menghadam protein yang paling ringkas terlebih dahulu, seperti ikan. Protein daripada sumber lain, jika tak dibuang akan menjadi toksin dan menyebabkan pelbagai penyakit lain. Disamping jaga pemakanan, ibu hamil dinasihatkan untuk meneruskan vitamin yang dibekalkan dari klinik.
5. Risiko makan banyak
Antara risiko adalah sembelit. Jika masalah ini berlaku boleh menimbulkan masalah buasir. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan masalah penghadaman. Ia akan memudaratkan ibu mengandung seterusnya bayi dalam kandungan.
Sebagai ibu hamil, sepanjang berhari raya janganlah terlalu mengikut nafsu sehingga boleh memberi mudarat pada diri sendiri. Makan mengikut keperluan dan kalau boleh berdasarkan pelan pemakanan seimbang serta ikutlah nasihat doktor.