Salam Ramadhan 2021

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 13 Apr 2021 08:01:14

Alhamdulillah dipanjangkan lagi usia ke Ramadhan yang seterusnya iaitu sesi 2021 yang masih lagi dalam norma baharu bezanya tahun lepas memang sepenuhnya puasa dari rumah, tahun ni kerja macam biasa hehe.

Salam Ramadhan kepada semua pembaca setia, follower dan semua sahabat taulan, moga puasa tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.

Salam Ramadhan dari saya Cikguzim aka Azim Aris

Mari tingkatkan lagi amal ibadat serta banyakkan amalan sunat seperti bersedekah, mengaji hingga khatam Quran, kurang bercakap sia-sia, jadi orang yang lebih baik dll.

Puasa kali ni macam biasa merehatkan diri dari aktiviti larian dan senaman. Allah suruh kita merehatkan perut dan juga badan, jadi kita rehat lah ye sambil tingkatkan ibadat. Mungkin dalam puasa kali ni buat aktiviti senaman ringan2 je.

Macam biasa banyakkan berdoa dalam bulan ni, doa mudah dimakbulkan. Tolong aminkan doa saya ni supaya :

- semua urusan dipermudahkan
- dapat pergi bercuti dengan senang hati
- sentiasa jadi keluarga yang menjaga solat
- sentiasa ceria, sihat dan senang hati
- dijauhkan dari penyakit2 dalaman dan luaran
- serta dapat pindah balik kampung dengan keluarga

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts