Tak sampai seminit ‘parking’, lelaki dakwa disaman pegawai MPKJ

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 27 Mar 2024 10:34:27

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hizam mendakwa dia telah disaman pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) selepas kurang seminit parkir di sebuah lokasi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hizam di laman TikToknya, dia merakam pegawai tersebut yang sedang menjalankan kerjanya dengan mengeluarkan saman terhadap kereta yang tidak membayar parkir.

Disaman pegawai

@hizammohd321

Penguatkuasa bodoh.Enjin tengah menyala,aku dalam kedai tengah nak bayar guna apps,dia pergi kompaun jugak.

♬ original sound – hizammohd321 – hizammohd321

Disaman pegawai

Artikel lain: Pelancong disaman polis, diberi pilihan – “Bayar RM300 di balai atau RM100 di sini”

Dalam video tersebut, Hizam meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia telah dikenakan kompaun ketika mahu membayar parkir melalui aplikasi.

“Pegawai MPKJ, saya baru masuk parking tak sampai seminit tengah bukak apps nak bayar parking, dia dah kompaun.
“Saya tengah bukak apps nak bayar, tak nampak dia datang tiba-tiba ada depan kereta terus kompaun dan saya kata saya baru nak bayar ni baru bukak apps.
“Penguatkuasa bodoh, enjin tengah menyala, aku dalam kedai tengah nak bayar guna apps dia pergi kompaun jugak,” dakwanya dalam video tersebut.

Disaman pegawai

alt

Hizam kata masuk farmasi sekejap je!
alt

Terbaik MPKJ

Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pegawai tersebut yang mengabaikan lelaki itu dan terus menjalankan tanggungjawabnya.

alt alt alt alt alt alt

Netizen nasihat, bayar dulu sebelum parking

Dalam pada itu, netizen menitipkan nasihat kepada Hizam supaya membayar parkir terlebih dahulu di petak berbayar bagi mengelakkan kejadian sebegini kembali berlaku.

Kata netizen, Hizam perlu lebih cakna dengan keadaan sekeliling dan mereka berpendapat pegawai MPKJ itu hanya menjalankan tanggungjawabnya.

alt alt alt alt

: TikTok @HizamMohd321

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts