Yana Samsudin Terima Hadiah Kereta Dari Suami

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 27 Sep 2017 05:30:08

Menyambut ulangtahun kelahiran yang 33 kelmarin, Yana Samsudin sempat berkongsikan hadiah istimewa dari suaminya iaitu sebuah kereta siap diikat dengan reben lagi. Menerusi akaun Instagramnya, Yana memuat naik gambar beliau bersama suami di sebelah kereta, berutung Yana memiliki suami yang sangat romantik dan menghargai isteri.

BACA: Yana Samsudin Teringin Untuk Hamil Lagi

Melalui perkongsiannya itu juga, Yana sangat teruja dengan hadiah istimewa yang diberikan suami serta merakamkan penghargaan terima kasih buat suaminya. Siapa yang tidak gembiran bukan, jika setiap hari tugas seorang isteri bukanlah mudah, dari menjaga anak-anak dan keperluan suami kekadang sampai terlupa mengenai diri sendiri.

Rata-rata perkongsian tersebut menerima respon yang baik, peminat pun turut sama tumpang gembira buat Yana sekeluarga. Penuh ruangan komen Yana dengan ucapan hari jadi dari peminat buatnya. Kalau dilihat di sosial media pun, suka tengok keluarga bahagia Yana apalagi melihat telatah anaknya yang comel, Aisy Mateen.


Apapun selamat hari jadi buat Yana dan semoga sentiasa berbahagia selalu hendaknya. Terdahulu, Yana ada menyuarakan hasratnya untuk menambahkan bilangan ahli keluarga. Diharap doa Yana sekeluarga akan dimakbulkan tidak lama lagi. (rtky/w)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts