Samsung Australia Mengaku Bersalah Tentang Iklan Kalis Air, Diarah Bayar ~RM43 Juta

by Oh! Semput


1
SHARES
16
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 19:00:22

Pengawal selia di Australia memberitahu bahawa mahkamah memerintahkan Samsung Australia untuk membayar penalti A$14 juta (~RM43 juta) bagi 9 iklan yang mengelirukan.

Iklan-iklan tersebut adalah berkenaan ciri kalis air pada sesetengah model Samsung termasuk Galaxy S7, S7 Edge, A5 (2017), A7 (2017), S8, S8 Plus dan Note 8.

Lebih 3.1 juta unit daripada model-model tersebut terjual di Australia.

Suruhanjaya Persaingan & Pengguna Australia (ACCC) berkata bahawa Samsung Australia telah mengaku bersalah mengelirukan atau memperdaya pengguna tentang ciri kalis air pada beberapa model Galaxy.

Samsung Australia mengeluarkan kenyataan bahawa isu terbabit hanya membabitkan model lama dan tidak menjadi masalah bagi model terkini dan semasa.

ACCC mendapati syarikat tersebut mengiklankan di kedai dan media sosial antara Mac 2016 hingga Oktober 2018 mengatakan telefon tertentu boleh digunakan dalam kolam dan laut.

Badan tersebut menerima ratusan aduan pengguna memberitahu peranti mereka tidak berfungsi dengan sempurna atau rosak selepas didedahkan sepenuhnya pada air.

Gambar utama: Mobile Syrup

: ACCC

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts