Samsung Galaxy A07s Dengan Helio G99+ Dilancarkan

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 08 Sep 2026 07:00:59

Samsung Galaxy A07s dilancarkan sebagai varian lebih mampu milik dibandingkan dengan Galaxy A07 yang dijual di Malaysia sejak Januari. Versi ini menjadi semakin mampu milik kerana dilengkapi cip kelas permulaan MediaTek G99+ berbanding Dimensity 6300 pada versi terdahulu. Model ini turut sekadar menyokong rangkaian 4G LTE.

Samsung Galaxy A07s hadir dengan skrin 6.7 inci LCD HD+ serta kadar segar semula 90Hz, dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan 64GB dan bateri 5000mAh. Tiada maklumat mengenai kuasa pengecasan dikongsi. Storan walaupun kecil boleh ditambah menggunakan kad MicroSD. Pengimbas cap jari pula terletak pada butang kuasa.

Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama sudut lebar 50MP dan kedalaman 2MP serta kamera swafoto 8MP. Peranti turut melepasi piawaian kalis air serta debu IP54. Sistem operasi yang digunakan ialah One UI 8 berasaskan Android 16. Peranti turut menerima sokongan kemas kini 6 versi sistem operasi dan tampalan sekuriti sehingga 6 tahun.

Samsung Galaxy A07s dilancarkan di Jordan pada harga JOD 119 (~RM 679) sebuah dalam warna Hitam, Hijau, dan Light Violet.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts