Samsung Galaxy A18 4G Dilancarkan Dengan 4GB RAM dan Bateri 5000 mAh

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 16 Sep 2026 03:30:30

Samsung Galaxy A18 4G turut dilancarkan semalam dengan ia sebuah lagi telefon pintar kelas permulaan dengan hanya sokongan 4G. Ia hadir dengan skrin 6.7″ SAMOLED 90Hz, dijana cip Exynos 1610, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 25W. Walaupun storan kecil, A18 4G menyokong kad microSD.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra lebar 5MP dan makro 2MP. Di hadapan kamera 13MP digunakan untuk swafoto. Peranti dilancarkan dengan One UI 9 berasaskan Android 17 serta sokongan selama 6+6 tahun.

Tubuh melepasi piawaian air dan debu IP64 dengan ia pada waktu ini dijual di Perancis, Norway, dan Sweden. Di Eropah peranti dijual pada harga €280 (~RM 1321) sebuah. Seperti yang diramalkan tahun lalu, kerana krisis RAM peranti dengan memori dan storan kecil serta sokongan microSD akan kembali ditawarkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts