Samsung Galaxy A2 Core Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android Pie Go

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Apr 2019 07:02:50



Ketika pelancaran Samsung Galaxy A80 minggu lalu. Samsung mengesahkan peranti Galaxy A akan menggantikan siri Galaxy J yang selama ini adalah nama yang digunakan pada peranti kelas permulaan mereka. Hari ini Samsung Galaxy A2 Core telah dilancarkan di India dengan sistem operasi Android Pie Go Edition.

Ia dilengkapi skrin 5″ qHD. dijana cip Exynos 7870, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera hadapan 5-Megapixel, kamera belakang 5-Megapixel dan bateri sebesar 2500 mAh. Ia adalah peranti pengganti kepada Galaxy J2 Core yang dilancarkan tahun lalu. Ini turut menjadikan Galaxy A2 Core sebagai peranti Android Go ketiga Samsung. Di India peranti ini dijual pada harga INR 5300 (~RM 311) sebuah.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...