Samsung Galaxy Z Fold4 Turut Dilancarkan Pada Harga Permulaan RM6799

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 14:30:19

Selain pelancaran Galaxy Z Flip4, Samsung juga melancarkan satu lagi model ultra premium telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Fold4.

Galaxy Z Fold4 dimuatkan dengan paparan skrin utama bersaiz 7.6 inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi QXGA+ serta sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz. Bagi skrin luaran atau dinamakan sebagai Cover Screen, ia hadir dengan saiz 6.2 inci HD+ dengan Dynamic AMOLED 2X.

Spesifikasi Galaxy Z Fold4

Sama seperti Z Flip 4, Galaxy Z Fold4 turut dijana cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dengan gandingan RAM 12GB bersama storan dalaman sehingga 1TB. Menariknya pada Galaxy Z Fold4, peranti ini mempunyai sokongan slot stylus S-Pen dan kalis air IPX8.

Bagi kamera, ia hadir dengan tetapan tri-lensa utama yang terdiri daripada 50MP utama+12MP sudut lebar+10MP telefoto. Terdapat dua kamera swafoto dengan satu di bahagian dalam (paparan utama) dan satu di bahagian luar. Masing-masing didatangkan dengan sensor kamera 4MP dan 10MP.

Bateri dengan kapasiti 4,400mAh dimuatkan pada Galaxy Z Fold4 berserta sokongan pengecasan pantas 25W. Tiada kepala pengecas yang ditawarkan dalam kotak pembelian.

Peranti ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Graygreen, Phantom Black dan Beige. Samsung turut menawarkan warna eksklusif iaitu Burgundy untuk pasaran tertentu.

{suggest}

Harga

Samsung Galaxy Z Fold4 ditawarkan dengan harga RM6,799 (12+256 GB), RM7,299 (12+512 GB) dan RM8,299 (12+1 TB). Galaxy Z Fold4 sudah boleh dipra-tempah bermula hari ini 10 Ogos sehingga 1 September 2022.

Untuk pra-tempah Galaxy Z Fold4, layari laman web rasmi Samsung.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts