Samsung Hadir Dengan Video Acah Untuk Pengenalan Telefon Boleh-Lipat Pada 21 Februari

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 17:01:58


Samsung akan memperkenalkan Galaxy S10 mereka pada 21 Februari secara rasminya. Ramai mungkin sedia melihat pelbagai gambar tertiris hadir ke arena web yang memperlihatkan Galaxy S10E, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10 Plus. Selain daripadanya, Samsung dilihat mempunyai satu lagi kejutan, iaitu memperlihatkan telefon boleh-lipat mereka secara rasminya pada acara berkenaan.

Perkara ini disahkan melalui video acah terbaru yang dikeluarkan oleh Samsung hari ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan memperlihatkan sahaja peranti berkenaan pada acara berkenaan, atau akan mengumumkan penawaran komersilnya.

Samsung sebelum ini telah memperlihatkan prototaip awal pada acara pembangun bulan November 2018 yang lepas.

Dengan rekaan telefon boleh-lipat ini, ia sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan peranti bersaiz kompak, selain turut memudahkan mereka menikmati kandungan pada skrin bersaiz besar seumpama tablet.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kejutan daripada pihak Samsung pada minggu hadapan, 21 Februari 2018.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News