Samsung Memperkenalkan Galaxy A60 Dengan Skrin Berlubang, Tri-Kamera Belakang

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 17 Apr 2019 16:03:16

Samsung meneruskan pengenalan telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan ciri-ciri premium dibawah siri Galaxy A, dimana hari ini mereka telah memperkenalkan Galaxy A60 secara rasminya di China.

Samsung Galaxy A60

Samsung Galaxy A60 hadir dengan skrin 6.3-inci LCD dengan rekaan skrin berlubang, dijana cip Snapdragon 675, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Berbeza dengan Galaxy A50, ia tidak menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, sebaliknya menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.

Samsung Galaxy A60 turut menyertakan kamera swafoto 32-megapixel dihadapan, selain tri-kamera dibelakang gabungan 32MP + 8MP + 5MP. Menjana peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3500mAh.

Di China, Samsung Galaxy A60 akan ditawarkan pada harga CNY1999, iaitu sekitar RM1236. Kita mungkin akan melihat ia hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts