Samsung Naikkan Harga Cip 4nm dan 5nm Kerana Permintaan Tinggi

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 07:00:52

Tahun 2026 amat menguntungkan perniagaan pembuatan cip Samsung selepas beberapa tahun sebelum ini menanggung kerugian kekurangan pelanggan dan lambakan RAM di pasaran disebabkan pandemik. Pada suku lalu, keuntungan operasi yang dicatatkan adalah lebih tinggi berbanding pendapatan terkumpul selama 40 tahun perniagaan ditubuhkan.

Dengan permintaan untuk faundri menghasilkan cip sedang meningkat di seluruh dunia, Samsung menaikkan harga cip menggunakan teknologi 4nm dan 5nm sehingga 15% menurut laporan Reuters. Harga dinaikkan bermula September dengan pelanggan China dikenakan kenaikan 10-15% sementara pelanggan Taiwan pula dikenakan kenaikan 5-10%. Harga untuk cip berteknologi 8nm turut dinaikkan sehingga 10%.

Dengan pengeluaran di TSMC sudah habis ditempah, pelanggan menggunakan faundri Samsung sebagai alternatif. Antara pelanggan baharu yang menggunakan teknologi Samsung ialah Apple, Broadcom, Google, Nvidia, dan Tesla.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts