Samsung P7 Portable SSD Kini Di Malaysia Dengan Storan Sehingga 8TB – Bermula RM1170

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 11 Nov 2026 10:30:42

Samsung secara rasmi melancarkan P7 Portable SSD di Malaysia, iaitu storan luaran kelajuan tinggi yang menggunakan sambungan USB4 40Gbps. Ini membolehkan kelajuan membaca sehingga 4,000MB/s dan menulis pula pada kelajuan sehingga 3,700MB/s.

Storan SSD mudah alih ini menyasarkan pengguna kreatif profesional, penghasil kandungan yang merakam video pada resolusi tinggi dan juga mereka yang memerlukan tempat simpanan fail besar. Di Malaysia ia ditawarkan dalam pilihan saiz 1, 2, 4 dan 8 TB.

Kerangka yang digunakan tahan hentakan jatuh daripada ketinggian 2 meter selain tahan getaran. Menerusi sambungan USB-C, ia boleh disambungkan kepada PC, komputer riba, telefon pintar, kamera dan konsol permainan video. Ia sudah boleh dibeli bermula hari ini dengan harga adalah seperti di bawah. Buat masa ini hanya model 1TB dan 2TB ditawarkan sementara model 4TB dan 8TB akan tiba tahun depan.

  • 1TB – RM1,170
  • 2TB: – RM2,350
  • 4TB – RM4,700
  • 8TB – RM9,300

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts