SANGAT KEJAM! “KEPALA DIRENDAM DALAM BALDI, KEMALUAN DILASTIK KEMUDIAN DIRAMAS DAN DITARIK SEKUAT HATI!”. KEJAM! BAPA TIRI DERA ANAK TIRI USIA 2 TAHUN HINGGA MENINGGAL DUNIA KETIKA IBU KELUAR BEKERJA..

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 06 Jan 2018 15:01:36

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tiri dalam satu kejadian di Indonesia lapor Tribunnews.

Memetik sumber, suspek yang dikenali sebagai Syawaluddin telah memukul kanak-kanak tersebut sebelum bertindak kejam merendam kepala mangsa ke dalam baldi dengan posisi kepala ke bawah.

Tidak berhenti di isitu, suspek juga dipercayai melastik mangsa dengan menggunakan getah tayar berdasarkan kesan lebam yang ditemui di bahagian badan kanak-kanak yang bernama Daffa Rafiqi itu.

Ekoran tidak tahan mendengar tangisan mangsa, suspek bertindak lebih kejam dengan melastik kemaluan kanak kanak itu sebelum meramas dan menariknya dengan sekuat hati sehingga mangsa terus kekejangan.

Perbuatan tidak berhati perut itu menyebabkan mangsa meninggal dunia berikutan menahan sakit.

Dalam pada itu, ibu kandung mangsa yang bekerja sebagai pelayan restoran berkata kejadian menyayat hati itu berlaku ketika dia meninggalkan anaknya bersama suami.

Menurutnya lagi, suspek memang sering bertindak memukul mangsa apabila setiap kali dia menangis.

Jelasnya lagi, pada hari kejadian suspek memberitahu bahawa anaknya berada di klinik kesihatan kerana mengalami demam.

Bagaimanapun, doktor mengakui hairan dan curiga melihat keadaan mayat mangsa yang teruk itu lalu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Sementara itu, selepas laporan dibuat polis menjalankan siasatan dan mendapati bahawa Syawaluddin adalah pembunuh kepada kanak-kanak malang berkenaan.

Susulan itu polis bertindak menahan Syawaluddin dan akhirnya suspek mengakui telah membunuh anak tirinya itu.

Syawaluddin bagaimanapun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun seperti mana yang diputuskan oleh pihak mahkamah.

: penmerahpress

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts