Sanggup Dibedah Untuk Setanding Pelakon Hollywood : Raja Ilya Terkilan Dituduh Ketepikan Agama

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 11 Jul 2017 04:01:20

Pelakon Raja Ilya sebelum ini ada memberitahu beliau sanggup untuk melakukan perubahan pada dirinya dan menjalani pembedahan bagi menjayakan watak dalam filem Marvel dan setanding dengan pelakon antarabangsa lain.

Susulan itu, ada pula sesetengah pihak menuduh Raja Ilya sanggup mengenepikan agama semata-mata kerana ingin menghidupkan watak yang diberikan kepadanya. Pelakon wanita jelita itu mengakui beliau merasa terkilan dengan tuduhan tersebut.

Usah kaitkan isu ini dengan agama kalau tidak faham apa yang saya buat. Saya masih ada maruah dan harga diri. Bila orang salah faham, pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan.

Raja Ilya bakal berangkat ke Amerika Syarikat pada bulan Disember depan bagi mempersiapkan diri untuk menjalani beberapa latihan demi menjayakan watak beliau dalam filem Marvel.

Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts