Siti Sarah Dedah Duit Hantaran Shuib RM15,000 Rupanya Hutang

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 May 2021 00:00:13



Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, baru-baru ini penyanyi Siti Sarah mendedahkan rahsia di sebalik perkahwinan mereka.

Sarah berkata duit hantaran bernilai RM15,000 yang diberikan suaminya, Shuib Sepahtu sebenarnya adalah hutang namun selepas berjaya mengumpul wang tersebut bapanya meminta Shuib menyimpan untuk anak-anak.

BACA: Siti Sarah Yang Hamil, Ibu Mentua Alami Alahan

“Sarah teringat masa kahwin dengan Shuib dulu, hantaran ketika itu adalah RM15,000. Tapi Sarah nak beritahu satu rahsia iaitu RM15,000 adalah hutang. Tak tipu sebab Shuib tak mampu nak bayar waktu itu.

“Shuib hutang dengan abah Sarah tau. Sarah tahu Shuib bersusah payah nak bina kerjaya tapi apa yang Sarah beli masa itu adalah akhlak, kerajinan dan tanggungjawab. Dia tak pernah lupa tanggungjawab dengan Sarah dan keluarga.

“Alhamdulillah lepas kahwin, rezeki makin banyak. Shuib dapat duit kemenangan Maharaja Lawak dan nak bayar balik duit abah. Apabila sudah ada duit untuk bayar abah kata jangan jadi bodoh. Simpan duit itu untuk anak nanti,” katanya.

Sarah mendedahkan perkara itu selepas tular komen seorang wanita di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menyediakan hantaran RM20,000.

Tidak setuju dengan pendapat wanita tersebut, Sarah berkata kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit namun peribadi seseorang.

“Sebagai wanita kena tengok lelaki itu jenis macam mana, baran ke, kedekut ke, berkira ke. Kalau awal-awal kenal dah ajak kita keluar walaupun ibu bapa tak izinkan dan ajar kita untuk tipu keluarga, tak mustahil dia akan tipu kita.

“Mungkin adik ini rasa bahagia dengan RM20,000, tapi bagi orang lain nilai kebahagiaan bukan daripada wang ringgit semata-mata. Moga adik-adik yang nak kahwin janganlah menekan sangat nak menunjuk kahwin siapa lagi gempak sebab kehidupan yang sebenarnya adalah selepas kenduri. Jangan buat pinjaman yang akhirnya tersiksa,” katanya

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata serta bakal menimang anak keempat tidak lama lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News