by Oh! Semput
Pelakon dan pengacara popular Che Puan Sarimah Ibrahim mendakwa tayangan filem Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar telah dihentikan serta-merta di semua pawagam seluruh negara, sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton serta penggiat industri filem tempatan.

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah meluahkan rasa terkejut apabila menerima maklumat bahawa tayangan filem tersebut telah dihentikan tanpa sebarang sebab yang jelas.

Dalam pada itu, Sarimah turut mempersoalkan bagaimana filem tersebut masih boleh ditayangkan di Singapura, namun tidak di negara sendiri yang terpaksa melalui situasi yang berbeza.


Bukan itu sahaja, Sarimah turut mendakwa poster filem berkenaan telah diturunkan di sesetengah pawagam pada hari kedua tayangan, selain ruang promosi digantikan dengan filem lain malah tempoh tayangan di beberapa lokasi menjadi lebih singkat daripada yang dijadualkan.

Artikel lain: Walaupun isteri kerabat diraja, Sarimah Ibrahim sudah terbiasa bekerja
Untuk info, Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu diterbitkan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films.
Konspirasi mengangkat kisah anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan misi berisiko tinggi dalam membanteras jaringan rasuah dan kebocoran maklumat sulit.
Sementara itu, media masih berusaha mendapatkan pengesahan daripada penerbit, pengarah, Lembaga Penapis Filem (LPF), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan pihak berkepentingan lain mengenai penarikan tayangan filem Konspirasi.
: Threads sarimahibrahim