by Oh! Semput
Hari Sarong 2020, pengganti kepada program tahunan ‘Keretapi Sarong’ yang diadakan setiap sambutan Hari Malaysia sejak tiga tahun lepas, dilihat tetap meriah tahun ini dijayakan di beberapa lokasi ikonik di ibu kota seperti Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Titiwangsa, River of Life (RoL) berdekatan Masjid Jamek, beberapa hotel, dan juga beberapa lokasi di seluruh negara.
Dihoskan komuniti sosial, Locco Malaysia, dengan kerjasama pelbagai agensi seperti hotel, pusat beli-belah, pembuat barangan makanan, kafe dan sebagainya, program hari ini turut menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan yang berkaitan dengan kain sarong.
Demikian reaksi Siti Aishah Mohd Mmad Rahim, 19, salah seorang peserta Hari Sarong 2020 yang mewarnai sambutan Hari Malaysia 2020 hari ini.
Penuntut Universiti Teknologi Mara itu berkata program berkenaan bukan sahaja membantu mengeratkan silaturrahim dan perpaduan di antara satu sama lain tetapi juga dapat memelihara kain sarong daripada ditelan zaman.
Seorang lagi peserta yang hanya ingin dikenali sebagai Bala, 50-an, merasakan program itu sebagai sesuatu yang unik dan menarik serta mampu menonjolkan lambang dan identiti negara.
Hari Sarong bertujuan mengalakkan masyarakat memakai kain sarong dan mengingatkan generasi muda ketika ini dan juga akan datang, bahawa pemakaian sarong adalah salah satu tradisi yang diwarisi sejak berzaman, dan selain boleh dianggap sebagai simbol perpaduan.
Sementara itu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata hari ini mereka menggalakkan orang ramai, terutama petugas barisan hadapan yang bekerja pada Hari Malaysia agar menggayakan kain sarong, yang melambangkan identiti rakyat Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu Muhammad Nizam Alias berkata inisiatif menggayakan kain sarong khususnya ketika menggunakan pengangkutan awam adalah satu cara mempromosi dan mengingatkan kembali mengenai warisan budaya kain sarong terutamanya dalam kalangan anak muda agar kita tidak melupai asal usul.
Pengarah Bersama Hari Sarong 2020 dan Content Strategist Locco Malaysia, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata ia merupakan program hari ini merupakan gantian kepada Keretapi Sarong yang dijalankan pada Hari Malaysia, setiap tahun sejak 2017.